Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru semua pihak menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 dengan lapang dada, walau apa jua keputusannya nanti.
Situasi tenang dan harmoni perlu terus dikekalkan tanpa sebarang provokasi atau kekecohan selepas pengumuman keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya.